dalam mendalami ilmu, kita perlu banyak merujuk..dan sebaik2 mencari ilmu biarlah berguru..tak digalakkan kita mendalami ilmu secara seorang diri terutama berkaitan agama..dikhuatiri tafsiran yang kita buat nanti bercanggah dengan yang sebenar..inilah kata2 n pesanan yang aku ingat..tp aku lupa siapa yang memberi pesanan ini..mungkin ustazah mungkin juga cikgu sekolah..
aku bukanlah nak ulas tapi nak share sesuatu yang aku jumpa..
Salam
Bila nak berhukum, mestilah berpandukan Al-Quran dan Hadis serta ijma’ Ulama!
Ramai yang salah faham isu aib yang sebenarnya. Dari sudut maksud, aib dapat dilihat suatu perbuatan/ maksiat yang dilakukan oleh seseorang tanpa melakukannya secara terang-terangan(secara sembunyi2).Apabila seseorang itu ternampak keaiban yang dilakukan pelakunya secara sembunyi , HARAM hukumnya untuk mereka menyebarkan kepada orang lain!
Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda yang bermaksud
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Namun, jika pelakunya melakukan maksiat secara terang-terangan dan mempromosikan perbuatan maksiatnya walaupun aibnya telah ditutup oleh Allah (bercerita dengan rakan2 lain,post melalui fb dll), ini tidak lagi termasuk dalam menjaga aib. Pelakunya berbangga dengan maksiat yang dilakukannya dan perbuatannya tersebut dapat mendorong orang lain untuk melakukan perbuatan yang sama.
Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda yang bermaksud
“Semua umatku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Bahkan WAJIB bagi seseorang muslim itu membenci perbuatan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan melalui kuasa,lidah dan hati dan membenci dengan hati adalah selemah-lemah iman.
Jika membenci dengan hati adalah selemah-lemah iman, bagaimana pula keadaan iman :
orang yang sedang melakukan maksiat tersebut ?
orang yang membela perbuatan maksiat tersebut ?
Fikir-fikirkanlah !
hmm..spt aku ckp tadi, ak bukan nak ulas cuma nak share.. sbb aku pun cetek ilmu agama..bab hukum ni..bukan suatu yang boleh dibuat main2..apa2 pun Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati perjalanan penghidupan kita..Semoga Allah juga mengampuni kita..Tiada sesiapa di dunia ini yang tidak melakukan dosa.Semoga kita sentiasa berbahagia hendaknya..dan semoga menjadi seorang hamba yang lebih baik..Amin..