Wednesday, August 31, 2011

SeBeSar TaPak tAngaN..

bila saya berkecil hati dengan orang yang saya tak sepatutnya kecil hati..tapi saya manusia..hati saya lembik..saya rasa sedih..saya bukan sengaja..saya minta maaf..saya sayang ayah saya (T_T) ya saya sayang dan sangat sayang..walaupun kadang2 saya tak pandai nak tunjuk..tapi saya sayang ayah saya..saya minta maaf =(


p/s - menangis sajalah kalo ini sahaja jalan yang dapat membantu kamu untuk rasa lega.. 





HaRi iNi haRi raYa.. 30 Ogos 2011..

entry tuk raya..owh lambat skit nak buat wishes tuk raya ni..well..I’ve been busy with life lately..many things need my attention n action..for no concrete reasons i just wanna say that i'm a busy grown woman..yihaaa..eee..and its has been age i'm not use English in my writing..so tonight i decide to write my entry in English version..even i know my English is bad..and the reality is, beside cikgu i'm also a teacher..yup, English teacher since last July..deeee...


actually i'm not in the mood to celebrate Hari Raya..dont know what factor that drown me in this mood..i dont have any bright n good feeling to celebrate it..but admitted that i'm little bit excited and happy during performed Solat Sunat Hari Raya and helping my mum preparing all the meals..


no more picture of me today..only the pictures of my parent n my siblings..they are my heart my soul..i love them even we only have small family members..i'm not really close with all my relatives..so i just visited a few of them..just to cherish the moment of Hari Raya..just to make some differences between Hari Raya and normal day..



I don't hate people..But it's not that I like all of the people I know..Sometimes it does or does not have anything to do with what they might or might have not done to me..I try to be nice to those that I'm not really fond of..But in the same time, I do try to make it obvious if I'm not in the mood to talk to them or i don't want to connect with them anymore..

Time heals..The pain and sorrow shall be all washed away..Don’t cry because it’s over but smile because it happened..So, I would like to take this opportunity to wish all of you..Happy Eid!!! have a blessed one..and Maaf Zahir Batin =)

i'm not really heart green
but this one is nice 
=)

p/s - He was in purple today..and he still handsome like for the first time i saw him..hee..

Monday, August 29, 2011

bERpIsAh deNgan haRapan aKan BerTemU keMbali..

Mata mengantuk tidak terkira tetapi cekal di sini untuk menulis sesuatu dedikasi khas buat Ramadhan..terasa baru sahaja aku menulis entry mengalu-alukan kedatangan Ramadhan tahun ni..rupanya esok lusa Syawal sudah tiba..


Tak terasa pantas masa berlalu..aku akui prestasi agak menurun Ramadhan kali ini jika dibandingkan dengan tahun2 yang lalu..selalunya aku akan bertadarus bersama rakan2 setiap kali Ramadhan datang..dengan faktor kesihatan dan faktor biologi..aku hanya berkesempatan menunaikan ibadat puasa hanya sebanyak 18 hari sahaja..itu pun aku belum tahu sempurnakah ibadat yang aku laksanakan itu..diterimakah ibadat yang aku laksanakan itu? 


Aku akui, kesedihan berpisah dengan Ramadhan tidak mampu membuat aku menangis..Iman aku yang mana, tidak smpi pun senipis kulit bawang ini tidak dapat menerbitkan rasa yang begitu sedih sehingga menitiskan air mata..cuma apa yang dapat aku katakan, dalam hati ini terbit rasa terkilan, terkilan rasanya Ramadhan berlalu dengan begitu cepat..belum puas aku menikmati nikmat dan keberkatan Ramadhan, tetapi Ramadhan sudah mahu pergi meninggalkan aku..


Secara jujurnya, jauh di benak hati terdalam aku berharap Allah memberi peluang kepada ku untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya..supaya aku berpeluang menunaikan ibadah puasa, bersahur, berbuka dan menunaikan solat terawikh secara berjemaah lagi..merasai meriahnya suasana di masjid lagi..merasai, rasa bangga bila melihat masjid di penuhi umat islam datang menunaikan ibadat..Ya aku berasa bangga, bersyukur dan bahagia melihat senario begini..sekurang2nya aku tahu masih ramai yang sayangkan Islam..yang datang mengimarahkan masjid..Alhamdulillah..dengan harapan walaupun pada hari biasa suasana di masjid tetap akan meriah seperti Ramadhan..


Baiklah setakat ini sahaja, aku mahu tidur..tidak mahu terlepas sahur terakhir Ramadhan untuk tahun ini..Semoga berjumpa lagi Ya Ramadhan..gonna miss you..



p/s - hujan lebat di luar menangisi pemergian bulan yang mulia dan diberkati..biarlah menangis berpisah dengan Ramadhan daripada menangis bergaduh dengan boy friend n etc..renungan bersama..

Saturday, August 27, 2011

bukan tak nak tido..nak tapi tak ley tido..puas da aku duk pusing kanan pusing kiri..hmm aku pun fikir blog walking la..n blogging..actually tak tahu nak tulis apa ek sebenarnya..bukan takde yang bermain di fikiran..tp bnda yang aku nak tulis tak kena gan mood..kalo yang kena gan mood mcm tak sesuai la plak..umpama kata org tua..bagai simbah minyak ke atas api plak nanti jadinya..


aku ngah tunggu video kisah Wardina Saffiyah yang berubah loading..slow mcm siput..sbr jela..tp cm excited nak tgk..n singgah di blog someone yang aku kira situasi dia da persamaan ckit gan kisah hidup aku..heee..

saMbuNg-saMbuNG..pArt IV

sambung2 lagi..sepatutnya nak tulis entry happy malam ni..tapi yela kita merancang tuhan yng tentukan..hmm..buat blog pn kena tgk pada takdir tau..hmm jadi kita kita buat entry sambung2 jela..

Health Questions

60. What bad habit would you be willing to give up if it guaranteed you would live to be 100?
minum ais..

61. What is your favorite thing to eat?
 
choclate kot..eh tak2 lagi tepat, pape masakan lauk kampung..ikan bakar gan air asam..eee..boleh aku makan 2 pinggan ni kalo kena gaya masakan n selera ku..heheh

62. What is one food that you will not eat?
sayur jagung..telur ikan..laksa terengganu..eh terlebih2 plak..


63. What is your favorite way to exercise?
play games like badminton..netball sbb tak terasa masa berlalu..

64. If you had to choose to be blind or deaf, which one would you pick?
Alhamdulillah saya sempurna cuma kdg2 je xbape dgr bila calling gan dia..heee..handphone yang problem kot..erk..

65. Have you ever been to a hospital? Why?
yup when i was 8 years old..malar reason gastrik..hohoho

66. If you could have someone else's face, whom would you choose?
walaupun aku tak cun sangat tapi aku rasa aku suka je gan muka aku ni..ada juga org nak..hahah..poyo..

67. Describe a vivid dream you have had.
tinggal dalam laut..berenang gan ikan2..eee..comel..

68. What physical feature do you least like about yourself?
kerana diriku begitu berharga..hahah..pa da pnya soalan..

69. Would you want to know the exact day of your death?
refuse to answer..

Work and Career Questions

70. If you had to pick one hero, who would it be?
M _ _ _ _ _ _ S _ _ _ bin Abd Aziz..dia hero sy..sy xnak hero lain da.. =) menjawab soalan ke ni..lantak la..itu je jawapan yang muncul dlm otak n hati aku..heee

71. If you could pick one thing to change about your school or job, what would it be?
team work..erk menjawab soalan ke ni..

72. What are most you proud of?
Ayah sayalah..saya sayang ayah saya.. =)

73. Are you the kind of person who wants to be the big fish in a little pond or the little fish in the big pond?
little fish in the big pond kot..best skek boleh berenang luas2 da ramai kawan..eee..comel..

74. Describe a time when you wanted to quit, but didn't.
jadi cikgu..hahaha..amboi baru kerja tak sampai setahun jagung..da hati nak quit..mengada..ok ni bukanlah jawapan sebenar ini jawapan separuh benar..jawapan sbnr tak ley tulis..too personal..aiseh bajet artis plak aku ni..padahal xd pun org nak bce blog aku ni..hahaha

75. Mention one goal. When you hope to accomplish it?
aku nak beli kereta sendiri..100 % duit aku, bila dah kerja..dah capai pun =)

76. Is competition good for you?
hmm..I'm think yes..

77. If you could study anything you wanted in school, what would you want to learn more about?
biology..always the smarter choice (pinjam tagline DIGI jap..hee)

78. What is something you learned in school that you think is useless to you today?
lukis bangau sbb smpi skrg aku tak pandai2 lukis bangau..maksud sbnrnya apa? sbnrnya aku yang tak guna sbb tak reti2 lukis..hahah

79. When someone fails at something, what should he or she do?
teruskan melangkah..common babe..you can do it!!!

80. If you could pick any career, what would you want to be?
wartawan Majalah 3..ok aku tak bohong aku pernah da impian nak jadi wartawan Majalah 3..hahaha..its sound like poyo..but hey its my dream!!!

81. Do you want to be famous?
kalo diberi peluang ok juga la..tp xnak la famous sgt ssh nak g melancong gan hero saya nti..eee perasan..hahaha =p 

p/s - Love you always..tidur senyum.. =)

Friday, August 26, 2011

tALk to The MoOn..

ni yang orang ni tulis..yang orang ni definisikan..
yang aku kau kamu mereka definisi kan???
hmm cmne lak..

 **************************
mcm aku sekarang..
kalo tak love aku tak rasa cmni..
hmmm..apa boleh buat..
bukan aku minta benda nak jadi..
tp tu la ko yana tak beringat walaupun dah penah kena bagi hint..
berani tulis berani tanggung la yana..

sometime i wish i'm FOREVER 21..huhuhu.. 

p/s - Just when the caterpillar thought the world was over, it became a butterfly..hmm

Sunday, August 21, 2011

LuAhan PerAsaaN FrOm HaTi TeRdaLam..huhu

kadang2 saya jeles tengok orang pandai masak, pandai buat kek..cup cakes..biskut raya n etc..pendek kata pandai masak semua..sebab saya tak pandai sangat, kalo buat pun tak best sangat n biasa2 je..ok saya sedih..lagi terhiris menusuk kalbu hati terdalam kalo orang tu sebaya je gan saya..atau pun mungkin younger than me..ok mari menangis bersama-sama saya..sila empati bukan simpati je..sedih tau.. (T_T)


muka saya bila sedih
auwww..comel..
hahaha
ok sekian je luahan hati terdalam saya pada kali ni..

esok saya nak buat puding laici n cocktail..doakan saya berjaya..hohoho..

p/s - sepatutnya saya buat entry khas semalam..berbuka puasa yang pertama dan terakhir sebelum kami......cewah gedik..tapi buka puasa kat rumah tau..ada mak dan ayah..eee mula2 cm malu tapi lama2 cam tak malu plak..Ya Allah perempuan ini..Astghafirullah..

Friday, August 19, 2011

saMbuNg-saMbuNG..pArt III..

If you could speak any language, what would it be and why?
korea..mcm dlam cite Autumn in my heart..aisehh

If you had to pick one place in your town to bring a tourist, where would you go?
Southern Utah..ahaha..unik dowh tmpt tu..

What is the one cause that you feel most passionate about?
hurt..

If you lived in the pioneer days, would you have traveled west or stayed put in the east?
traveled west for a while..

Which is your favorite non-profit organization? What do you do to help them?
xd jawapan dalam minda buat masa ni..wlaupun byk non-profit organization yang ada..

If you could travel to space, would you go?
Zuhal nak tengok gelang dia yang cantik tak pun lubang hitam yang mempunyai daya graviti yang kuat tu..alamatnya berkubur di situ la aku kan kalo pg sini..

If you could move anywhere, where would you go and why?
Krabi..laut dia cantik..hohoho

Would you want to travel the world on a boat in the sea?
nak..ini namanya cabaran..perghhh..pastu dah macam kuih apam gula hangus aku nanti..haha

When you travel away from home, do you miss it?
dah nama pun rumah..rumahku syurgaku..syurga dunia la..

What is the greatest crisis we face as a world?
racism maybe..and politic..

Describe your favorite vacation.
ada laut yang aku ley snorkeling..dan berenang bersama-sama ikan..yihaaaa..tp skrg mcm da tkr taste ckit aku nak tempat yang ada musim bunga..wah2...kuat berangan as always kalo aku ni..

If you could write your own bill of rights, what would you include?
hmmm..ntah..

What is going on today in the world that affects you the most?
affects the most tu aku tak tahu la betul ke tak..tp aku tak suka penindasan n campur tangan negara luar terhadap sesebuah negara kerana kehadiran mereka hanya mcm tikus membaiki labu..


okay aku bengang gan SAPS aku key in 6x markah TOV n ETR..aku da 6 subjek tuk di key in da selesai  2..yang kali ke 3 aku cuba 6x data utk 31 org murid..tp at last tak save pn..mcm org bodoh je buat bnda sama 6x..tp aku pun heran kenapa aku boleh sabar..dan sekarang aku rasa aku harus berhenti jadi mcm org bodoh..huhuhu

p/s - bila mata sekeras hati..memang susah nak tido..persoalan keras ke hati awak yana? 

Thursday, August 18, 2011

kaNtoI..

absolute-best-posts:

Submitted by                                                                                                                       face—the—strange
Follow this blog, you will love it on your dashboard
hahaha...i like..
saya tak la like part F*** tu..
saya just like this situation..
thats all..
heee..
=)


mY fUturE..

rindu budak tecit gemuk ni yang sekarang ni da kurus kering..hehehe..

\
thank you 1

thank you 2..hee

I
lovequotesrus:

Photo Courtesy: goodeveningstranger
YOU
=)


p/s - I don’t care what you look like..or how you dress...Promise me you’ll take me closer to God..and my heart is yours..

Wednesday, August 17, 2011

keK cHocLate..

okay lately entry banyak pasal entry makanan yang bisa menggemukkan..hihi..mari buat kek choclate pula..saya share resepi mudah yang saya dapat daripada kawan..

kek coklat:

chocolate paste:
1 cawan koko + 1 cawan air + setengah cawan gula pasir.
 

p/s - choco paste ni buat dulu kacau atas api sampai sebati.lepas tu biarkan sejuk

kek:
360gm castor sugar
250gm butter
1 camca teh ovalette
6 biji telur
250gm tepung naik sendiri
1 camca teh vanilla

Cara-cara:
pukul gula+butter+ovalette sampai sebati.
masukkan telur satu persatu
masukkan tepung.
masukkan chocolate paste tadi.
masukkan vanilla essence

bakar suhu 180 darjah.guna api bawah 30 minit.lepas tu api atas dalam 20-25 minit.


p/s - make sure semua barang kering even kulit telur pun tak boleh basah.hehe


resepi topping:setengah cawan koko + setengah tin susu cair + 1 sudu susu tepung + setengah cawan gula castor + setengah buku butter + 3/4 cawan air                                                                                     


p/s - kacau je semua2 ni atas api sampai die dh pekat and berkilat..proportion topping ni memang cukup untuk resepi kek kat atas tu..lagi satu jangan half kan resepi sebab selalunye tak jadi..selamat mencuba..

saMbuNg-saMbuNG..pArt II..

tadi housekeeping kat dapur sbb esok insyaAllah da nak start buat kuih raya..pastu smbg lipat baju yang banyak..sbb aku asyik tangguh je..kerja mengemas di rumah semua di bawah tanggungjawab aku..hooho..skrg akibatnya mata jadi segar bugar wlpn suda masuk pagi Rabu..hari ni cuti Nuzul Quran..Salam Nuzul Al-Quran 1432 Hijrah buat rakan2 beragama Islam daripada saya =)

jadi mari kita sambung entry sambung-sambung..heee

28. If a friend is being bullied or harassed by someone, what do you do?
buat report terus..peduli aku..aku memang cmni..haha

29. Reflect on the characteristics of your best friend. What makes him or her so special?
best friend saya dia tahu saya secara tersirat dan tersurat diri saya..dan bila dia ckap benda serius memang sampai di hati saya, yang buat saya rasa..dia nak saya dapat yang terbaik..

30. Has anyone close to you passed away?
so far takde lagi la..Alhamdulillah..

31. Describe a time you fell in love.
saya tak rasa beban untuk berkawan gan dia..maksud saya, saya tak rasa beban nak balas mesej atau angkat call dia masa mula2 berkenalan..kalo yang saya tak falling in love memang saya akan menyampah kalo balik2 sms n call..saya tak akan balas tu..hahaha..honestly saya bukan kaki sms dan suka angkat call orang kcli org tu penting bagi saya atau urusan rasmi..

32. Can you keep secrets? Describe a time you didn't.
boleh..akan jadi tak simpan kalo saya simpan boleh memudaratkan..di mana saya perlukan pihak lain untuk menyelamatkan keadaan terutama orang yang lebih matang dan tua daripada saya..

33. How do you show your love for others?
saya mcm ayah..saya tak pandai tunjuk..kdg2 mcm xd perasaan juga..hahah..suka juga buat org kecik hati gan tindakan saya..yang saya sbnrny tak tahu pun tindakan tu bleh buat org kecik hati..parah saya kalo bab2 mcm ni..

34. What is the nicest thing anyone has ever done for you?
banyak =)

35. If you could become anyone's friend that you want, who would you choose?
kawan Tun Dr Mahathir..

36. Are you the type of person with lots of friends or just a few close ones?
a lots of friends!

37. What is one quality you admire most in others?
cool and penyabar..aku mmg tabik hormat orang yang sabar..sbb aku mmg kurang sabar..hahah

38. Do you prefer to be with those who are younger or older than you are?
older than me but sebaya lagi best kot =)

39. If you could ask me one question, and I had to answer you truthfully, what would you want to know?
awak sayang saya tak? eeee

40. What is the meanest thing you have ever done to someone?
erkkk...ntah..heee

41. Who is one friend from your past you want to reconnect with?
Suraya..

42. When did you kiss for the first time and what was it like?
soalan ini terlampau subjektif..hahaha..abaikan

43. Describe an activity that you think is truly romantic.
hahahaha..tak yah lah nak cite kat cini..kot ye pun nak tanye..takde tapisan SIRIM la soalan ni..

44. If you were to write a love note to your sweetheart, what would it say?
truly n deeply sorry because I LOVE YOU so much..aiseh..yakin je aku nak tulis gini..hahaha

45. When you are in trouble, whom do you call for help?
my ayah, my ayah, my ayah n my mak..nti2 baru tulis my husband bila da kawen..tapi ntah2 bila da kawen pun call ayah gak..parah..hahahhaha...

46. Who are the people you love the most?
ayah..kecian mak kalo bace ni kan..hmm, ayah n mak..heee =)


ok penat r pk jawapan boleh tido da..eeee..

bunga2 cinta
=)
tapi tak cantik la..heeee

p/s - people aren't supposed to look back..I'm certainly not going to do it anymore..

Monday, August 15, 2011

sAmPaikAn..

amik daripada fb blogger famous Malaysia ZackZukhairi
sometimes i want to pinch myself 
to make sure that having you in my life ain’t a dream..
but
i’m also afraid that if i pinch myself 
i might wake up and realize that you’re really just a dream..

cute sangat!!!! 
=)

eee
saya tambah lirik ckit
tapi ayah saya tak bagi saya pilih warna pink..huhuhu

perempuan tak pernah jemu tanya soalan ni walaupun dah tau..kenapa sebab dia perempuan..simple je sebab dia =)
suatu ketika dahulu..sebelum busy..heee 
alololo..cweetnye..heheh..lagi2 kucing tu..
takmo nangis but sometime ternangis juga..hmm
suatu ketika dahulu..masih segar di ingatan saya ayat ni 
"ala saya muka pun tak siap dah la kurus" heee..
hahahaah..
matahari pink!!!
comel 
=)

nanti aku share lagi ek gambar cute hasil nukilan mamat ni..
dia memang kreatif dan bersahaja la
shukeee gila hasil tangan dia 
=)
ni entry paling cute bagi aku 

p/s - hari ni gastrik menyerang di sekolah smpi aku terpaksa call ayah amik balik rmh..tak de tenaga nak drive..teringat kw2 aku Ana, Aireen, Rumate, Shu, Long dan Kak Na..kalo kat maktab, aku sakit mereka mesti jaga aku, bwak aku pegi klinik n etc..sumpah dr hati terdalam saya rindu mereka semua..bila lagi boleh jalan sama2 ya..kawan mase senang memang senang nak cari tapi kawan susah n senang bukan mudah untuk ditemui.. 

Sunday, August 14, 2011

saMbuNg-saMbuNG..

sebab Lee Chong Wei kalah tak ley nak marking paper..jiwa kacau..hahaha..so nak buat benda alah ni sebelum recover balik kekecewaan di hati..heee



1. How do you define honesty?
bercakap benar walaupun pahit..

2. What is your biggest fear or worry?
fear - ulat..worry - kegemukan..hahaha

3. What is the main thing that makes you unique?
kalut n ntah pape..heee

4. If you had to evacuate your house immediately, what is the one thing you would grab on the way out?
my handphone (jwpn dlm otak, ley call org tuk slmtkan aku..kalo2 aku dlm bhya..hehe).. Tafsir Al-Quran aku yang berwarna biru..aku paling sayang tafsir tu..

5. What facial expression or movement do you do when you are lying?
muka cuak..mcm selalu kwn aku ckp..kau tak pandai menipu yana..memang ketara muka kau kalau menipu..ceett...so kalo bab2 mengena kawan aku selalu xamik port atau diminta meninggalkan tempat kejadian untuk mengelakkan kantoi..haha

6. What is the oldest item you own?
tak bape boleh recall maybe my Nokia 3310 Classic..masih diguna hingga sekarang since 2007..

7. If someone was to give you one gift, money is no object, what would you want to receive?
stok perfume kereta seumur hidup..hahaha...

8. What does it mean to have courage?
percaya pada peluang yang akan datang..setiap kegagalan adalah jalan kepada kejayaan..

9. Do you like your name?
of course! heee

10. Do you have a nickname? What is it?
selain Yana..yan - adik perempuan aku panggil guna nama ni..yam - adik lelaki aku panggil guna nama ni..Na - rakan2 rapat time MRSM YTD..Lily - kwn2 MRSM Jasin..

11. If you could have any special magic, what would it be?
boleh buat orang jadi gemuk atau kurus..auwww..comelnya..heee

12. If you had three wishes, what would you wish?
1) saya jadi wanita, anak dan isteri solehah..persoalan bersediakah anda?
2) saya nak pergi tempat bersalji..persoalan tahan sejuk ke anda? hohoh
3) saya pandai masak semua jenis makanan..auwww..awesome gila..


13. What is your greatest strength?
saya seorang yang berani berterus terang bila saya tidak senang dengan sesuatu..apa kesan dia tu belakang kira..kita kira yang berani je dulu..hohoho

14. What is your worst weakness?
sensitif dan pemurah dengan air mata..

15. If you could predict the future, what would you do with that knowledge?
secara jujur saya tak suka sangat predict or merancang sbb saya pyh dan malas nak deal dgn rasa kecewa bila apa yang dirancang tak jadi..huhhu

16. Is your favorite time the past, present or the future?
all the time..masing2 da kekuatan..

17. Where do you see yourself in 20 years?
married and have at least 3 sons and 2 daughters..wah2..tamak..hohoh

18. Who is the one person that helped to make you who you are today?
my self actually..my parent dan semua sekeliling yang tunjuk jalan kepada saya...tapi saya yang pilih untuk jadi siapa saya sekarang..

19. If you were punished for a crime, what type of punishment would you choose?
buat kerja amal..hehehe

20. Describe a time you got into trouble.
rindu..aku menyampah bila aku rindu seseorang..mesti teringat je..sort..trouble byk sbnrny tapi aku amik yang trouble indah je..heee

21. What do you do when you first wake up in the morning?
kelip2 mata n cari handphone..

22. What makes you a good person?
saya cam peramah gak la..hahaha

23. What would your obituary say?
erkkk..tak perlu..

24. What is your greatest regret?
regret..hmm..adalah juga menipu la kalo takde lansung, but then bila lama2 pk mcm aku rasa takde apa yang nak dikesal..sbb semua tu buat hidup saya ada semua rasa mcm makan ikan sweet sour..yummy =)

25. How would you describe standing on a beach looking at the ocean?
kalau aku, sbb terpukau dengan keindahan ciptaan Allah..kdg2 smpi penah terfikir kalo aku diberi pilihan nak hidup kat darat atau bawah laut..aku nak hidup bawah laut..eee

26. What is your favorite outfit to wear?
dulu jeans dan t-shirt la..tp sekarang baju kurung kot...heee

27. What do you do when you are driving alone in a car?
pasang radio kuat2 n nyanyi kalo aku tahu lagu tu..heheh


buat masa ni ini dulu..nanti sambung lagi di masa hadapan..kalau aku rajin lah..eee


p/s - triffle aku tak jadi sngt kena wat improvement..so xnak r share resepi kat sini..unless aku dah bersedia..heee..kat atas ni bukan gambar triffle ye..ni gambar pancake n usah dikenang orang jauh (jauh tak semestinya jarak ye =p )

Friday, August 12, 2011

saYanGi pErUt aNda sEtiap Hari..

ok setelah sekian lama nak cuba..cuma hari ni je baru da peluang nak cuba..nak kate berjaya sangat tak tau la..tp aku rasa sedap je..hehe..and of course la berguru dgn mak dlu baru la aku boleh jadi guru..huhu

Resepi Masak Lemak Ketam ( aku rasa betul nama resepi ni)

Bahan-bahan:
  1. 4 ulas bawang besar (saiz sederhana)
  2. 2 ulas bawang putih
  3. sedikit lengkuas, halia dan kunyit 
  4. 1 biji lada besar
  5. 1 keping asam keping@gelugor 
  6. sedikit belacan 
  7. garam secukup rasa
  8. air
  9. santan
  10. ketam
Cara memasak:
  1. bahan 1, 2, 3 dan 4 dikisar halus
  2. kemudian panaskan kuali dan masak bahan kisar tadi smpi naik bau..masak je bukan tumis ye..so tak perlu minyak
  3. bila da naik bau, masukkan sedikit air
  4. masukkan asam keping@gelugor, belacan dan garam
  5. bila dah mendidih, masukkan ketam 
  6. bila ketam da agak masak, baru masukkan santan mengikut citarasa lemak n kepekatan yang anda suka
  7. tunggu hingga ketam betul2 masak dan kuah mendidih
  8. angkat dan hidang
mudah dan ringkaskan..hee..hmm untuk santan tu kalo pakai santan segera saya cadangkan guna santan agromas keluaran FAMA..bukan nak promote sbb ayah aku kerja FAMA tapi santan ni sedap mcm pakai santan asli kalo nak bandingkan gan santan brand lain..ni pengalaman aku lah..heee..dan resepi ni tuk hidangan 4 orang makan la kot..hee

ini bahan2 untuk dikisar
ketam sebelum letak santan
dan hasilnya
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
tadaaa..
okay sebab berpaksikan kata-kata ini
“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” (HR.Muslim)
jadi saya memamg kurang mementingkan hiasan untuk lauk2 yang saya masak
ni je yang terbaik..hohoho

dan inilah lauk berbuka puasa hari ini..
sambal belacan mesti ada..hohoho
dan ini choc Dove 
saya beli semasa saya ke Giant untuk membeli air vitagen buat buka puasa..heee
okay sila beli sbb choc ni sangat best
selamat tinggal Cadbury Black Forest..hoho

p/s - Salah satu pesan orang tua kepada  anak perempuannya adalah ” Cinta suami bermula dari perut”..owh sbb saya anak perempuan saya kena pertimbangkan pesanan ni..esok saya nak wat triffle..harap berjaya..nanti saya share resepi kalo saya buat dan menjadi kenyataan..hee

Wednesday, August 10, 2011

dAn SebEnaRnya..

owh nak tido..tp terasa jari gatal nak berblogging..eh tak tau la knp lately ni suka sgt nak mengarang megarut kat cini..

baru siap tolong key in markah SAPS ustazah sekolah..kecian dia..pregnant..anak dia yg skrg ni pun bru 3 tahun..aku mmg tak ley tgk org pregnant sumpah mati aku kesian..tak boleh2..tinggi simpati aku terhadap golongan ibu mengandung ni..

hmm seingat aku, jarang plak ak bercerita pasal kerjaya aku sebagai guru..nak kate aku suka gila kat kerjaya aku ni tak juga la..since aku msk IPG pn sbb ayah suro..tp bila aku termenung dan termenung..aku rasa, ya jiwa aku memang di sini..di bidang pendidikan..ok SAYA CIKGU!

aku mengajar kat sekolah boleh di kategori as sekolah luar bandar..SKKC nama ringkas@manja@timangan..nama skima SK Kampung Chabang..aku since bulan 2 mengajar di sini..8 Feb 2011..smpi laaaa ni aku still tak ingat lagu sekolah..ok so bad..i know..

sekarang kat sekolah demam SMM dan SAPS..ak dah 2 hari tak mengajar secara formal..just bagi latihan je kat murid aku sbb isi SMM kat sekolah..sampi berpinar2 mata aku..aku isi untuk 3 buah kelas..boleh katakan plus minus data 75 orang murid..murid aku 21 je yang selebihnya, tolong2 cikgu lain..maklum la aku paling muda kat sini..x la hebat..but then, cekap ckit la guna komputer ni..kcian plak aku tgk smpi angkut anak2 kecik pg sekolah nak siapkan..dah la data tu byk gila smua biodata nak..smpi alamat majikan mak ayah pn nak..hmm..macam mesin dah aku..SAPS ni plak..sistem dia agak la lembap..malam2 cmni bru cermerlang tahap kelajuan dia..terpaksa la aku stay up..tp mlm ni Alhamdulillah sng je ak msk marakh td..

secara kasarnya aku suka kerjaya aku dan tempat aku bekerja..well tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat bertemu jodoh..erk out of topic..cikgu2 kat sekolah tu baik..GB aku pun ok la..bleh buat bergurau..aku anggap mcm ayah2 je GB dan PK2 kat situ..dah mmg diaorg lagi tua drpd ayah aku pun..heee..secara halus pula, hmm bumi mana yang tak pernah basah..mesti la sekali sekala..ada juga angin monsun timur laut bertiupkan..bhs kasar rasa cm tak puas hati n penat..hahaha..tp jap je..jgn di layan rasa ketidakpuasan hati dan kepenatan tu..nanti tak bahagia..

tapi aku tak rasa jadi cikgu tu mudah..bg aku la..aku jadi cikgu, bukan nak suro budak jadi pandai je..tapi jadi manusia juga..so sbb aku nak didik anak2 murid aku jadi manusia..aku terlebih dahulu perlu jadi manusia..manusia kat sini termasuklah agama, sahsiah, akhlak, cara berpakaian n etc..sumpah bila kait bab2 manusia ni..rasa patut letak jawatan sebagai guru..tak layak dowh..huhuu

SKKC 
2 Mei 2011
sekolah aku mc dlam pembikinan..huuhu
kat tepi tu kantin

Maulidur Rasul
 
school trip KL
 
prekhemahan UB 

p/s -sometime, i'm still show my bad side so i can sort out who can accept me at my worst..True that I may be a perfectionist or selfish at times..Wanting this to go exactly how its suppose to be..how i want it to be done..but nothing can be exactly how I want it to be..that's the truth..
tension sebab tak ingat email dan password my private blog..cettt..dah lama sangat tak buka blog tu..mungkin 8 bulan yang lalu last buka...tp hari ini rasa perlu sign in that blog..tak dapat la plak..angin juga kalau camni..

Tuesday, August 9, 2011

ayah saya memang tebaik..dan macam biasa saya tetap yang terspoil dalam adik beradik..heheh..mengada tak hengat dunia walaupun dah berusia 23 tahun 7 bulan 8 hari..

saya suka makan choc..sangat..roommate saya sgt arif dgn kegemaran saya yang satu ini..dia akan selalu donate choc dia kepada saya..bila kami dapat gift choc, dan bila saya buat muka kesian yang saya rasa, saya nak choc lagi..choc tadi tak cukup..dan saya juga yang selalu habiskan choc Daim milik roomate..heheh..terima kasih roommate jasa mu di kenang sampai mati..

hari ni datang sakit mengidam saya..ok untuk pengetahuan setelah sekian lama saya tak layan choc..tp hari ni saya teringin sangat2 nak makan choc..saya gtau ayah sblm dia g masjid..saya tak pergi..heheh..belikan saya choc cadbury..tapi ayah lupa..bila dia balik saya tye..mane choc yana? ayah kate, Allah ayah dok ingat..ayah bawak duit tadi..aku pun alaaa................. tak perlu ditulis..hehehe..mak pun kata, pergi la beli dia nak makan..ayah pun pergi belikan..heee..baikkan ayah saya.. secara nyata..secara tersirat..gila mengada anak Pak Cik Mohammad ni..hohoho..

ok abaikan panorama di belakang..
inilah choc yang ayah saya beli..
2 lagi kat dalam fridge..hehe
di saat entry ini dipublish..choc itu sudah habis saya makan..hee..

k tu je saya nak ckp..mmg benda nampak simple tp tinggi nilainya bagi saya..ayah selalu buat saya rasa, bolehkah saya jaga ayah seperti mana ayah menjaga saya..ayah penuhi kehendak saya..saya selalu pesan kat diri saya, jangan jadi anak derhaka..harus ingat jasa, sayang n hormat mak gn ayah..bila dah kahwin, mertua pun perlu dihormati sbgaimana saya menghormati ayah n mak..semoga saya menjadi anak dan menantu yang menyenangkan hati orang tua..bgtu juga gan bakal suami saya..amin..

 
this one is awesome!!!
 
 kerana dia terbang esok la..saya teringin makan choc..heheh
marvelousmatrimony:

Oh this is so cute! (via Matte silver leaf ring by laonato on Etsy) 
25 days left 

p/s - London riots..semoga pelajar2 n penduduk Malaysia di sana selamat..bersyukurlah negara kita aman..so please tak yah lah nak merusuh2, demonstrasi jalanan ke k..syukur Malaysia masih aman damai..mcm skrg, boleh buka puasa n solat terawikh dengan tenang..Alhamdulillah..

sAma tApi bErbezA..

bergaduh atau tidak sefahaman adalah perkara biasa..tetapi ada bezanya..kerana ada dua jenis pergaduhan atau perselisihan faham..


yang pertama, pergaduhan atau perselisihan faham yang buat kamu makin sayang dan memahami seseorang..bagus juga sekali sekala berlaku pergaduhan ini..sekurang-kurangnya kamu makin faham seseorang dan cooling off period yang berlaku akan membuat kamu menilai sejauh mana bernilai dan bermakna seseorang itu kepada kamu..dan indirectly boleh nampak true colour for both of you..wink~


yang kedua pergaduhan atau perselisihan faham yang buat kamu rasa kamu harus berhenti di sini..jangan teruskan lagi..feed up la gan dia ni..lantak ko la..pendek kata buat kamu rasa makin tak faham dan tak selesa gan seseorang itu atau bahasa kurang ajar..menyampah gila aku gan makhluk tuhan yang satu ni..aiseh over la plak..heheh





pape pun moral of the story janganlah bergaduh..tak bagus ba..kalo boleh elak..elakkan..selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat beramal..saya mahu tidur suda =)


p/s - dolu2 (tahun2 sebelum ni) selalu pergaduhan atau perselisihan faham yang kedua..tapi lately ni yang pertama..ok sungguh bernilai jangan gadaikan yana!!!! ni bukan barang kemas nak gadai2..tidak dapat ditafsir nilainya..harus dijaga disimpan sampai mati.."ti amo" =)

Sunday, August 7, 2011

nO wOrRy..

usai menanda buku murid-murid tersayang..aku harus tidur..tapi dalam hati, terungkap 888 ayat yang ingin aku huraikan tetapi tersekat di sini..hanya satu ayat sahaja yang mampu ditulis..aku rindu..itu sahaja yang mampu aku tulis..itu yang aku rasa..kepada siapa..untuk apa rasa itu..kognitif aku gagal untuk menafsir..dan aku rasa malam ni halus, sunyi dan sayu..


detik waktu terus berjalan..berhias gelap dan terang..suka dan duka tangis dan tawa..tergores bagai lukisan..


di temani lagu ini..sebaris kata yang sungguh indah..sungguh kena degan mood malam ini..di luar angin menderu menyejukkan malam yang dingin..tidak lama lagi hujan akan membasahi bumi yang merekah..Alhamdulillah bumi akan kembali sejuk..menyenyakkan tidur insan2 yang sudah terlena..


dari jendela bilik yang ku buka aku dapat lihat dengan jelas lenggok pokok yang bergoyang di tiup angin..langit yang gelap..seolah-olah alam semulajadi ciptaan yang Esa memahi apa lagi 887 ayat yang tidak dapat ku luahkan..mesej alam, sungguh indah..


rapuh - opick 

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu..semua berakhir padaMU..terima kasih di atas anugerah ini..


p/s - biarkan rasa hangat itu mengalir di pipi jika itu yang boleh membantu..Thanx God..