Memetik kata-kata daripada sebuah forum perbincangan..
"Puan memang kenal hati puan, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..Puan telah berada ditempat yang selayaknya untuk puan..Puan telah terpilih untuk melalui kehidupan yang istimewa ini..Allah s.w.t tidak menzalimi hambaNya."
sangat suka dgn kata2 nasihat ni..manusia diuji pelbagai dugaan..jalan hidup kita tak pernah sama di dunia ni hatta kita kembar sekalipun..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..aku yang membaca kisahnya rasa terhiris pilu..apatah lagi yang menanggung..minta dijauhkan perkara ini berlaku dalam rumah tanggaku yang baru dibina ini..
kita selalu dengar kalau suami berkecil hati dengan isteri maka nerakalah jawabnya bagi isteri..tapi bagaimana kalo isteri berkecil hati dengan suami..hmm, tapi bila kita fikirkan balik layakkah seorang isteri berkecil hati dengan suami??? saya pernah terdengar pertanyaan ni, mase tu saya masih bujang tp tak salah kot amik tahu kisah rumah tangga..heee..dan jawapan yang diberi oleh seseorang yang sudah bergelar isteri..
"isteri kena buang perasaan tu..kita kecil hati dengan suami tak pe,jangan suami kecil hati dengan kita..isteri itu timun,suami itu durian..kot mana pun kecil hati kita,tidak sama jika suami kecil hati dengan kita..kita kecil hati pada suami tidak ubah syurga atau neraka buat suami..tapi jika suami kecil hati pada kita,nerakalah jawabnya bagi si isteri"
maka perlulah faham perkahwinan itu bukanlah suatu yang mudah, bukan hanya untuk bersuka ria..samaada bagi pihak suami mahupun isteri..isteri dengan tanggung jawabnya terhadap suami..suami dgn tggng jwbnya dgn isteri, ibu bapa n ibu bapa mertua..plus anak2 bila dah dikurniakan rezeki..
jadi apabila berkahwin mestilah bersedia n perlu ada kekuatan bukan sahaja fizikal dan mental malah emosi dan spiritual..berdoa dan meminta pertolongan Allah itu penting..sntiasa juga berdoa agar dapat berubah menkadi lebih baik dalam semua aspek trmsuk dr segi solat..percakapan@tutur kata..penampilan diri..pemikiran dan sebagainya..
teringat kata-kata daripada seorang sahabat yang bukanlah akrab tapi pesanan ini melekat di sanubari dan akan kerap bertandang tika emosi tidak stabil..paling saya like part yang saya bold di bawah..
"Apa yang penting, sentiasa insafi kelemahan diri masing-masing..siapapun boleh buat salah, tak kira suami ataupun isteri..siapapun boleh mulakan minta maaf, tak kira suami atau isteri, sama ada bersalah ataupun tidak..Yang lebih utama, sentiasa ingat..Syaitan tak pernah diam berfikir selagi tak dapat meruntuhkan rumahtangga yang dibina..Inilah yang kita nak lawan, hasutan syaitan..Bukan suami nak lawan isteri..Bukan isteri nak lawan suami.."
hati menangis siapa tahu
menangis hatiku tatkala cincin ini tersemat di jari walaupun di bibir terukir senyuman
kerana aku tahu disebalik cincin ini termeterai satu perjanjian besar sepanjang hidupku
bersediakah aku?
mampukah aku?
p/s - setiap pengalaman hidup jadikan penganjaran dan sempadan bukan sesuatu yang membayangi hidup sehingga kadang2 mampu menganggu kehidupan yang baru..hmm