Sunday, August 14, 2011

saMbuNg-saMbuNG..

sebab Lee Chong Wei kalah tak ley nak marking paper..jiwa kacau..hahaha..so nak buat benda alah ni sebelum recover balik kekecewaan di hati..heee



1. How do you define honesty?
bercakap benar walaupun pahit..

2. What is your biggest fear or worry?
fear - ulat..worry - kegemukan..hahaha

3. What is the main thing that makes you unique?
kalut n ntah pape..heee

4. If you had to evacuate your house immediately, what is the one thing you would grab on the way out?
my handphone (jwpn dlm otak, ley call org tuk slmtkan aku..kalo2 aku dlm bhya..hehe).. Tafsir Al-Quran aku yang berwarna biru..aku paling sayang tafsir tu..

5. What facial expression or movement do you do when you are lying?
muka cuak..mcm selalu kwn aku ckp..kau tak pandai menipu yana..memang ketara muka kau kalau menipu..ceett...so kalo bab2 mengena kawan aku selalu xamik port atau diminta meninggalkan tempat kejadian untuk mengelakkan kantoi..haha

6. What is the oldest item you own?
tak bape boleh recall maybe my Nokia 3310 Classic..masih diguna hingga sekarang since 2007..

7. If someone was to give you one gift, money is no object, what would you want to receive?
stok perfume kereta seumur hidup..hahaha...

8. What does it mean to have courage?
percaya pada peluang yang akan datang..setiap kegagalan adalah jalan kepada kejayaan..

9. Do you like your name?
of course! heee

10. Do you have a nickname? What is it?
selain Yana..yan - adik perempuan aku panggil guna nama ni..yam - adik lelaki aku panggil guna nama ni..Na - rakan2 rapat time MRSM YTD..Lily - kwn2 MRSM Jasin..

11. If you could have any special magic, what would it be?
boleh buat orang jadi gemuk atau kurus..auwww..comelnya..heee

12. If you had three wishes, what would you wish?
1) saya jadi wanita, anak dan isteri solehah..persoalan bersediakah anda?
2) saya nak pergi tempat bersalji..persoalan tahan sejuk ke anda? hohoh
3) saya pandai masak semua jenis makanan..auwww..awesome gila..


13. What is your greatest strength?
saya seorang yang berani berterus terang bila saya tidak senang dengan sesuatu..apa kesan dia tu belakang kira..kita kira yang berani je dulu..hohoho

14. What is your worst weakness?
sensitif dan pemurah dengan air mata..

15. If you could predict the future, what would you do with that knowledge?
secara jujur saya tak suka sangat predict or merancang sbb saya pyh dan malas nak deal dgn rasa kecewa bila apa yang dirancang tak jadi..huhhu

16. Is your favorite time the past, present or the future?
all the time..masing2 da kekuatan..

17. Where do you see yourself in 20 years?
married and have at least 3 sons and 2 daughters..wah2..tamak..hohoh

18. Who is the one person that helped to make you who you are today?
my self actually..my parent dan semua sekeliling yang tunjuk jalan kepada saya...tapi saya yang pilih untuk jadi siapa saya sekarang..

19. If you were punished for a crime, what type of punishment would you choose?
buat kerja amal..hehehe

20. Describe a time you got into trouble.
rindu..aku menyampah bila aku rindu seseorang..mesti teringat je..sort..trouble byk sbnrny tapi aku amik yang trouble indah je..heee

21. What do you do when you first wake up in the morning?
kelip2 mata n cari handphone..

22. What makes you a good person?
saya cam peramah gak la..hahaha

23. What would your obituary say?
erkkk..tak perlu..

24. What is your greatest regret?
regret..hmm..adalah juga menipu la kalo takde lansung, but then bila lama2 pk mcm aku rasa takde apa yang nak dikesal..sbb semua tu buat hidup saya ada semua rasa mcm makan ikan sweet sour..yummy =)

25. How would you describe standing on a beach looking at the ocean?
kalau aku, sbb terpukau dengan keindahan ciptaan Allah..kdg2 smpi penah terfikir kalo aku diberi pilihan nak hidup kat darat atau bawah laut..aku nak hidup bawah laut..eee

26. What is your favorite outfit to wear?
dulu jeans dan t-shirt la..tp sekarang baju kurung kot...heee

27. What do you do when you are driving alone in a car?
pasang radio kuat2 n nyanyi kalo aku tahu lagu tu..heheh


buat masa ni ini dulu..nanti sambung lagi di masa hadapan..kalau aku rajin lah..eee


p/s - triffle aku tak jadi sngt kena wat improvement..so xnak r share resepi kat sini..unless aku dah bersedia..heee..kat atas ni bukan gambar triffle ye..ni gambar pancake n usah dikenang orang jauh (jauh tak semestinya jarak ye =p )

Friday, August 12, 2011

saYanGi pErUt aNda sEtiap Hari..

ok setelah sekian lama nak cuba..cuma hari ni je baru da peluang nak cuba..nak kate berjaya sangat tak tau la..tp aku rasa sedap je..hehe..and of course la berguru dgn mak dlu baru la aku boleh jadi guru..huhu

Resepi Masak Lemak Ketam ( aku rasa betul nama resepi ni)

Bahan-bahan:
  1. 4 ulas bawang besar (saiz sederhana)
  2. 2 ulas bawang putih
  3. sedikit lengkuas, halia dan kunyit 
  4. 1 biji lada besar
  5. 1 keping asam keping@gelugor 
  6. sedikit belacan 
  7. garam secukup rasa
  8. air
  9. santan
  10. ketam
Cara memasak:
  1. bahan 1, 2, 3 dan 4 dikisar halus
  2. kemudian panaskan kuali dan masak bahan kisar tadi smpi naik bau..masak je bukan tumis ye..so tak perlu minyak
  3. bila da naik bau, masukkan sedikit air
  4. masukkan asam keping@gelugor, belacan dan garam
  5. bila dah mendidih, masukkan ketam 
  6. bila ketam da agak masak, baru masukkan santan mengikut citarasa lemak n kepekatan yang anda suka
  7. tunggu hingga ketam betul2 masak dan kuah mendidih
  8. angkat dan hidang
mudah dan ringkaskan..hee..hmm untuk santan tu kalo pakai santan segera saya cadangkan guna santan agromas keluaran FAMA..bukan nak promote sbb ayah aku kerja FAMA tapi santan ni sedap mcm pakai santan asli kalo nak bandingkan gan santan brand lain..ni pengalaman aku lah..heee..dan resepi ni tuk hidangan 4 orang makan la kot..hee

ini bahan2 untuk dikisar
ketam sebelum letak santan
dan hasilnya
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
tadaaa..
okay sebab berpaksikan kata-kata ini
“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” (HR.Muslim)
jadi saya memamg kurang mementingkan hiasan untuk lauk2 yang saya masak
ni je yang terbaik..hohoho

dan inilah lauk berbuka puasa hari ini..
sambal belacan mesti ada..hohoho
dan ini choc Dove 
saya beli semasa saya ke Giant untuk membeli air vitagen buat buka puasa..heee
okay sila beli sbb choc ni sangat best
selamat tinggal Cadbury Black Forest..hoho

p/s - Salah satu pesan orang tua kepada  anak perempuannya adalah ” Cinta suami bermula dari perut”..owh sbb saya anak perempuan saya kena pertimbangkan pesanan ni..esok saya nak wat triffle..harap berjaya..nanti saya share resepi kalo saya buat dan menjadi kenyataan..hee

Wednesday, August 10, 2011

dAn SebEnaRnya..

owh nak tido..tp terasa jari gatal nak berblogging..eh tak tau la knp lately ni suka sgt nak mengarang megarut kat cini..

baru siap tolong key in markah SAPS ustazah sekolah..kecian dia..pregnant..anak dia yg skrg ni pun bru 3 tahun..aku mmg tak ley tgk org pregnant sumpah mati aku kesian..tak boleh2..tinggi simpati aku terhadap golongan ibu mengandung ni..

hmm seingat aku, jarang plak ak bercerita pasal kerjaya aku sebagai guru..nak kate aku suka gila kat kerjaya aku ni tak juga la..since aku msk IPG pn sbb ayah suro..tp bila aku termenung dan termenung..aku rasa, ya jiwa aku memang di sini..di bidang pendidikan..ok SAYA CIKGU!

aku mengajar kat sekolah boleh di kategori as sekolah luar bandar..SKKC nama ringkas@manja@timangan..nama skima SK Kampung Chabang..aku since bulan 2 mengajar di sini..8 Feb 2011..smpi laaaa ni aku still tak ingat lagu sekolah..ok so bad..i know..

sekarang kat sekolah demam SMM dan SAPS..ak dah 2 hari tak mengajar secara formal..just bagi latihan je kat murid aku sbb isi SMM kat sekolah..sampi berpinar2 mata aku..aku isi untuk 3 buah kelas..boleh katakan plus minus data 75 orang murid..murid aku 21 je yang selebihnya, tolong2 cikgu lain..maklum la aku paling muda kat sini..x la hebat..but then, cekap ckit la guna komputer ni..kcian plak aku tgk smpi angkut anak2 kecik pg sekolah nak siapkan..dah la data tu byk gila smua biodata nak..smpi alamat majikan mak ayah pn nak..hmm..macam mesin dah aku..SAPS ni plak..sistem dia agak la lembap..malam2 cmni bru cermerlang tahap kelajuan dia..terpaksa la aku stay up..tp mlm ni Alhamdulillah sng je ak msk marakh td..

secara kasarnya aku suka kerjaya aku dan tempat aku bekerja..well tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat bertemu jodoh..erk out of topic..cikgu2 kat sekolah tu baik..GB aku pun ok la..bleh buat bergurau..aku anggap mcm ayah2 je GB dan PK2 kat situ..dah mmg diaorg lagi tua drpd ayah aku pun..heee..secara halus pula, hmm bumi mana yang tak pernah basah..mesti la sekali sekala..ada juga angin monsun timur laut bertiupkan..bhs kasar rasa cm tak puas hati n penat..hahaha..tp jap je..jgn di layan rasa ketidakpuasan hati dan kepenatan tu..nanti tak bahagia..

tapi aku tak rasa jadi cikgu tu mudah..bg aku la..aku jadi cikgu, bukan nak suro budak jadi pandai je..tapi jadi manusia juga..so sbb aku nak didik anak2 murid aku jadi manusia..aku terlebih dahulu perlu jadi manusia..manusia kat sini termasuklah agama, sahsiah, akhlak, cara berpakaian n etc..sumpah bila kait bab2 manusia ni..rasa patut letak jawatan sebagai guru..tak layak dowh..huhuu

SKKC 
2 Mei 2011
sekolah aku mc dlam pembikinan..huuhu
kat tepi tu kantin

Maulidur Rasul
 
school trip KL
 
prekhemahan UB 

p/s -sometime, i'm still show my bad side so i can sort out who can accept me at my worst..True that I may be a perfectionist or selfish at times..Wanting this to go exactly how its suppose to be..how i want it to be done..but nothing can be exactly how I want it to be..that's the truth..
tension sebab tak ingat email dan password my private blog..cettt..dah lama sangat tak buka blog tu..mungkin 8 bulan yang lalu last buka...tp hari ini rasa perlu sign in that blog..tak dapat la plak..angin juga kalau camni..

Tuesday, August 9, 2011

ayah saya memang tebaik..dan macam biasa saya tetap yang terspoil dalam adik beradik..heheh..mengada tak hengat dunia walaupun dah berusia 23 tahun 7 bulan 8 hari..

saya suka makan choc..sangat..roommate saya sgt arif dgn kegemaran saya yang satu ini..dia akan selalu donate choc dia kepada saya..bila kami dapat gift choc, dan bila saya buat muka kesian yang saya rasa, saya nak choc lagi..choc tadi tak cukup..dan saya juga yang selalu habiskan choc Daim milik roomate..heheh..terima kasih roommate jasa mu di kenang sampai mati..

hari ni datang sakit mengidam saya..ok untuk pengetahuan setelah sekian lama saya tak layan choc..tp hari ni saya teringin sangat2 nak makan choc..saya gtau ayah sblm dia g masjid..saya tak pergi..heheh..belikan saya choc cadbury..tapi ayah lupa..bila dia balik saya tye..mane choc yana? ayah kate, Allah ayah dok ingat..ayah bawak duit tadi..aku pun alaaa................. tak perlu ditulis..hehehe..mak pun kata, pergi la beli dia nak makan..ayah pun pergi belikan..heee..baikkan ayah saya.. secara nyata..secara tersirat..gila mengada anak Pak Cik Mohammad ni..hohoho..

ok abaikan panorama di belakang..
inilah choc yang ayah saya beli..
2 lagi kat dalam fridge..hehe
di saat entry ini dipublish..choc itu sudah habis saya makan..hee..

k tu je saya nak ckp..mmg benda nampak simple tp tinggi nilainya bagi saya..ayah selalu buat saya rasa, bolehkah saya jaga ayah seperti mana ayah menjaga saya..ayah penuhi kehendak saya..saya selalu pesan kat diri saya, jangan jadi anak derhaka..harus ingat jasa, sayang n hormat mak gn ayah..bila dah kahwin, mertua pun perlu dihormati sbgaimana saya menghormati ayah n mak..semoga saya menjadi anak dan menantu yang menyenangkan hati orang tua..bgtu juga gan bakal suami saya..amin..

 
this one is awesome!!!
 
 kerana dia terbang esok la..saya teringin makan choc..heheh
marvelousmatrimony:

Oh this is so cute! (via Matte silver leaf ring by laonato on Etsy) 
25 days left 

p/s - London riots..semoga pelajar2 n penduduk Malaysia di sana selamat..bersyukurlah negara kita aman..so please tak yah lah nak merusuh2, demonstrasi jalanan ke k..syukur Malaysia masih aman damai..mcm skrg, boleh buka puasa n solat terawikh dengan tenang..Alhamdulillah..

sAma tApi bErbezA..

bergaduh atau tidak sefahaman adalah perkara biasa..tetapi ada bezanya..kerana ada dua jenis pergaduhan atau perselisihan faham..


yang pertama, pergaduhan atau perselisihan faham yang buat kamu makin sayang dan memahami seseorang..bagus juga sekali sekala berlaku pergaduhan ini..sekurang-kurangnya kamu makin faham seseorang dan cooling off period yang berlaku akan membuat kamu menilai sejauh mana bernilai dan bermakna seseorang itu kepada kamu..dan indirectly boleh nampak true colour for both of you..wink~


yang kedua pergaduhan atau perselisihan faham yang buat kamu rasa kamu harus berhenti di sini..jangan teruskan lagi..feed up la gan dia ni..lantak ko la..pendek kata buat kamu rasa makin tak faham dan tak selesa gan seseorang itu atau bahasa kurang ajar..menyampah gila aku gan makhluk tuhan yang satu ni..aiseh over la plak..heheh





pape pun moral of the story janganlah bergaduh..tak bagus ba..kalo boleh elak..elakkan..selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat beramal..saya mahu tidur suda =)


p/s - dolu2 (tahun2 sebelum ni) selalu pergaduhan atau perselisihan faham yang kedua..tapi lately ni yang pertama..ok sungguh bernilai jangan gadaikan yana!!!! ni bukan barang kemas nak gadai2..tidak dapat ditafsir nilainya..harus dijaga disimpan sampai mati.."ti amo" =)

Sunday, August 7, 2011

nO wOrRy..

usai menanda buku murid-murid tersayang..aku harus tidur..tapi dalam hati, terungkap 888 ayat yang ingin aku huraikan tetapi tersekat di sini..hanya satu ayat sahaja yang mampu ditulis..aku rindu..itu sahaja yang mampu aku tulis..itu yang aku rasa..kepada siapa..untuk apa rasa itu..kognitif aku gagal untuk menafsir..dan aku rasa malam ni halus, sunyi dan sayu..


detik waktu terus berjalan..berhias gelap dan terang..suka dan duka tangis dan tawa..tergores bagai lukisan..


di temani lagu ini..sebaris kata yang sungguh indah..sungguh kena degan mood malam ini..di luar angin menderu menyejukkan malam yang dingin..tidak lama lagi hujan akan membasahi bumi yang merekah..Alhamdulillah bumi akan kembali sejuk..menyenyakkan tidur insan2 yang sudah terlena..


dari jendela bilik yang ku buka aku dapat lihat dengan jelas lenggok pokok yang bergoyang di tiup angin..langit yang gelap..seolah-olah alam semulajadi ciptaan yang Esa memahi apa lagi 887 ayat yang tidak dapat ku luahkan..mesej alam, sungguh indah..


rapuh - opick 

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu..semua berakhir padaMU..terima kasih di atas anugerah ini..


p/s - biarkan rasa hangat itu mengalir di pipi jika itu yang boleh membantu..Thanx God..

pErTh bOund

Vacations are the best time to relax and enjoy and I eagerly wait for my vacations every year..so lets continue second day in Pert h.. Se...