okay aku sangat tertarik gan kisah Natrah dah dekat sebulan kot aku duk bace kisah dia and luckily tadi kat astro aku dokumentari tentang kisah Natrah ni..kenapalah aku tertarik sangat gan kisah Natrah ni ntah la aku pun tak tau mungkin sebab kisah ni berlaku kat tempat aku di Kemaman..hohoho..sekolah tersebut masih ada tetapi rumah yang dekat berhampiran hospital itu sudah dirobohkan..
aku kagum gan kisah natrah niyang melibatkan dua agama dan dua budaya..Agama Islam dan Kristian dan budaya Melayu dan Belanda..kesungguhan umat islam Malaya mempertahankan agama dan pengorbanan che aminah untuk mempertahankan Natrah.. keikhlasan.. sebagaimana peguam melayu Singapura ketika itu mewakili Che Aminah menentang tuntutan kerajaan Belanda tanpa sebarang bayaran..perjuangan umat Islam menentang tindakan meletakkan Natrah di gereja sedangkan dia beragama Islam..lambang kepada betapa pengorbanan umat Islam dalam membela agamanya terlalu tinggi dan luhur..
Natrah dilahirkan di Tjimah, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937 dari sepasang suami isteri berbangsa Belanda beragama Khatolik, Adrimus Petrus Hertogh, seorang sarjan askar dan ibunya bernama Adeline..
Semasa berusia lima tahun beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louisyen kepada seorang penjual kain batik berasal dari Kemaman, Terengganu, Che Aminah Mohammad..dari Indonesia dia di bawa pulang ke Terengganu..Di Terengganu dalam penjagaan Che Aminah, Natrah menjalani kehidupan baru dan selamat. Beliau diberikan didikan budaya dan agama yang dianuti Che Aminah, agama Islam dan budaya Melayu..
Pada mulanya Che Aminah memenangi hak penjagaan ke atas Natrah. Namun tindakannya menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi, seorang guru berusia 22 tahun, mengeruhkan keadaan kerana Natrah baru berumur 13 tahun..Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Masnor..
Undang-undang Belanda digunapakai di mana menurut undang-undang Belanda wanita di bawah umur 16 adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termausk dalam soal agama, perkahwinan dan sebagainya. Tuntutan ini diperolehi oleh Adrimus.Keputusan mahkamah itu menyebabkan pada 12 Disember 1950, Natrah dibawa balik ke Belanda..April 1956 Bertha berkahwin dengan seorang askar ketika Natrah berumur18 tahun dan dikurniakan 10 orang anak..
9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun..
bagi aku kisah Natrah ini bukan hanya sebagai sejarah yang untuk dibaca tetapi sebagai satu iktibar kepada masyarakat dunia..dan alangkkah bagusnya kalau aku dapat tengok teater muzikal Natrah ni..ok just impian jela..huhuhu
p/s - teruskanlah sakiti hati ini sampai ke saat ini..